Saturday, May 5, 2012

Kembali Bersua


Assalamualaikum ^_^

Setelah sebulan setengah tak 'update' blog ni, baru hari ni lah saya berkesempatan nak buat tu semua.


Ermm. Kita mula kan dengan pembikinan klip video lagu Aku Tak Bisa Lagi tu. Penggambaran klip video tu akan ditangguh kan. Makna nya bukan lah pada cuti bulan Mei dan Jun ni. Kemungkinan pada cuti bulan Ogos ni. *Tapi cuti bulan Ogos nanti raya. Bulan September pulak dah nak trial untuk spm. Opss! Lebih2 pulak. Emeer suruh bagitahu pasal postpone untuk tarikh klip video tu je. Hehe


Lepas tu tentang kedudukan lagu Aku Tak Bisa Lagi dalam Carta Borne Antap fm. Lagu ini telah menjadi juara berturut-turut iaitu pada minggu ke-49 dan minggu ke-50. Jom ramai2 tengok kedudukan terbaru (minggu ke-50) di Youtube. Err. Nak ke mana tu? Tak payah pegi jauh2. Kat bawah ni kan dah ada :




Boleh undi lagu Emeer di sini >  http://www.cartaborneo.blogspot.com/ 




Seterusnya, kedudukan lagu Indahnya Pelangi Cinta dalam Carta 18HB Pahang fm. Dua minnu lepas, lagu ini juga telah menjadi juara. Tapi bukan berturut-turut sebab pada minggu lepas lagu ini telah turun empat anak tangga iaitu di kedudukan ke-5.


p/s : Apa2 pun Emeer sampai kan ucapan terima kasih beliau kepada semua rakan2 dan peminat2 beliau yang terus memberi sokongan kepada beliau dengan mengundi lagu2 beliau dalam carta2 tersebut :)


Berikutnya ialah Konsert Harta Intelek yang telah diadakan di Kuantan, Pahang pada 28 April lepas. Ramai artis yang turut hadir pada hari berkenaan seperti Datuk M Daud Kilau, Black, Dafi dan yang pasti ada Emeer jugak lah kan?







*Kepada yang nak tengok video nyanyian Emeer pada hari konsert tersebut boleh la pergi dekat SINI


Akhir sekali, Emeer sampai kan dekat korang semua yang bakal menghadapi peperiksaan pertengahan tahun nanti, SEMOGA BERJAYA ;)


Wednesday, March 14, 2012

Yeah! Yeah! Cuti Sekolah


Assalamualaikum ^_^

Selamat bercuti sekolah kepada kawan2 yang masih bersekolah di seluruh Malaysia. Korang buat apa cuti kali ni? Cuti sekolah bulan Mei nanti dah ada plan ke nak buat apa? Hahaha... Macam pelik je kan tanya soalan macam tu? Sebenar nya nak bagitau yang Emeer dah ada plan untuk cuti bulan 5 nanti. Hehe. Jangan nak garu2 kepala yang tak gatal tu bila baca entry kali ni. Yela, dah lama tak post. Merepek lah jadi nya.





Semalam BIG BOSS ada inform. Cuti sekolah bulan Mei nanti Emeer nak buat klip video untuk lagu Aku Tak Bisa Lagi. Lagu tu dah lama korang dengar kan? Tak teringin ke nak tengok klip video nya pulak? Tak sabar nak tengok. Macam mana lah agak nya ye?



Lokasi penggambaran dekat Kuala Lumpur dan Tasik Titiwangsa. Semoga penggambaran berjalan dengan lancar. Sama2 lah kita nanti kan klip video tu ye? K bai :D

Friday, February 17, 2012

Indahnya Pelangi Cinta


Assalamualaikum ^_^





Sebuah lagi lagu Emeer Indahnya Pelangi Cinta telah dicalonkan ke dalam Carta 18HB Radio Malaysia Pahangfm dua minggu lepas. Jom undi lagu ni DI SINI 

Carta 18 HB Radio Malaysia Pahangfm



Cara mengundi senang je. Hanya taip tajuk dan nama penyanyi lagu pilihan anda pada post kedudukan lagu mingguan. Macam contoh dekat bawah ni :




Undian ni bukan untuk orang Pahang je tau? Sape2 je boleh. Selalu2 lah korang dengar lagu ni. Memang layan lah. Okay, tu je. Bye! :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...