Saturday, May 5, 2012

Kembali Bersua


Assalamualaikum ^_^

Setelah sebulan setengah tak 'update' blog ni, baru hari ni lah saya berkesempatan nak buat tu semua.


Ermm. Kita mula kan dengan pembikinan klip video lagu Aku Tak Bisa Lagi tu. Penggambaran klip video tu akan ditangguh kan. Makna nya bukan lah pada cuti bulan Mei dan Jun ni. Kemungkinan pada cuti bulan Ogos ni. *Tapi cuti bulan Ogos nanti raya. Bulan September pulak dah nak trial untuk spm. Opss! Lebih2 pulak. Emeer suruh bagitahu pasal postpone untuk tarikh klip video tu je. Hehe


Lepas tu tentang kedudukan lagu Aku Tak Bisa Lagi dalam Carta Borne Antap fm. Lagu ini telah menjadi juara berturut-turut iaitu pada minggu ke-49 dan minggu ke-50. Jom ramai2 tengok kedudukan terbaru (minggu ke-50) di Youtube. Err. Nak ke mana tu? Tak payah pegi jauh2. Kat bawah ni kan dah ada :




Boleh undi lagu Emeer di sini >  http://www.cartaborneo.blogspot.com/ 




Seterusnya, kedudukan lagu Indahnya Pelangi Cinta dalam Carta 18HB Pahang fm. Dua minnu lepas, lagu ini juga telah menjadi juara. Tapi bukan berturut-turut sebab pada minggu lepas lagu ini telah turun empat anak tangga iaitu di kedudukan ke-5.


p/s : Apa2 pun Emeer sampai kan ucapan terima kasih beliau kepada semua rakan2 dan peminat2 beliau yang terus memberi sokongan kepada beliau dengan mengundi lagu2 beliau dalam carta2 tersebut :)


Berikutnya ialah Konsert Harta Intelek yang telah diadakan di Kuantan, Pahang pada 28 April lepas. Ramai artis yang turut hadir pada hari berkenaan seperti Datuk M Daud Kilau, Black, Dafi dan yang pasti ada Emeer jugak lah kan?







*Kepada yang nak tengok video nyanyian Emeer pada hari konsert tersebut boleh la pergi dekat SINI


Akhir sekali, Emeer sampai kan dekat korang semua yang bakal menghadapi peperiksaan pertengahan tahun nanti, SEMOGA BERJAYA ;)


Wednesday, March 14, 2012

Yeah! Yeah! Cuti Sekolah


Assalamualaikum ^_^

Selamat bercuti sekolah kepada kawan2 yang masih bersekolah di seluruh Malaysia. Korang buat apa cuti kali ni? Cuti sekolah bulan Mei nanti dah ada plan ke nak buat apa? Hahaha... Macam pelik je kan tanya soalan macam tu? Sebenar nya nak bagitau yang Emeer dah ada plan untuk cuti bulan 5 nanti. Hehe. Jangan nak garu2 kepala yang tak gatal tu bila baca entry kali ni. Yela, dah lama tak post. Merepek lah jadi nya.





Semalam BIG BOSS ada inform. Cuti sekolah bulan Mei nanti Emeer nak buat klip video untuk lagu Aku Tak Bisa Lagi. Lagu tu dah lama korang dengar kan? Tak teringin ke nak tengok klip video nya pulak? Tak sabar nak tengok. Macam mana lah agak nya ye?



Lokasi penggambaran dekat Kuala Lumpur dan Tasik Titiwangsa. Semoga penggambaran berjalan dengan lancar. Sama2 lah kita nanti kan klip video tu ye? K bai :D

Friday, February 17, 2012

Indahnya Pelangi Cinta


Assalamualaikum ^_^





Sebuah lagi lagu Emeer Indahnya Pelangi Cinta telah dicalonkan ke dalam Carta 18HB Radio Malaysia Pahangfm dua minggu lepas. Jom undi lagu ni DI SINI 

Carta 18 HB Radio Malaysia Pahangfm



Cara mengundi senang je. Hanya taip tajuk dan nama penyanyi lagu pilihan anda pada post kedudukan lagu mingguan. Macam contoh dekat bawah ni :




Undian ni bukan untuk orang Pahang je tau? Sape2 je boleh. Selalu2 lah korang dengar lagu ni. Memang layan lah. Okay, tu je. Bye! :D




Tuesday, January 24, 2012

How To Vote (VIDEO)




Assalamualaikum ^_^

Hai kawan-kawan. Korang tau kan blog Emeer ni ada join social media awards 2012. Korang dah vote Emeer untuk award tu? Ramai yang tak nak vote sebab banyak step. Kalau korang betul-betul faham tak susah la. Lepas ni korang kena vote ye? Ada masa 3 hari saja untuk vote. 28 Januari ni tarikh tutup untuk undian. Saya dah sediakan video untuk tunjukkan cara-cara yang sebenar untuk korang vote :


Monday, January 23, 2012

Social Media Awards 2012



Assalamualaikum ^_^


Saya baru saja calonkan blog Emeer ni dalam Social Media Awards 2012. Jadi saya nak minta lah bantuan kawan-kawan terutamanya peminat-peminat Emeer, untuk vote Emeer dalam award ni. Sebab 50% penilaian pemenang adalah berdasarkan undian anda. Saya calonkan blog ni dalam kategori Best Celebrity Blog



Macam mana nak vote? Saya tunjukkan :


1. Mula-mula, kena lah Sign Up




2. Buka email untuk sahkan akaun.

*Klik pada gambar untuk lebih besar

3. Lepas tu, pilih kategori blog ni dicalonkan, iaitu Best Celebrity Blog




4. Klik vote pada button vote.



Done! Terima kasih atas undian anda. Lepas tu ajak lah kawan-kawan vote sekali ye? Ramai-ramai lah kita bagi sokongan kepada Emeer dalam award ni.


Undian tamat pada 28 Januari 2012


CEPAT!


Saturday, January 21, 2012

joyeisk.blogspot.com


Assalamualaikum ^_^





Saya ada jumpa blog Joy Eisk ni. Blog ni banyak lah cerita pasal Emeer terutamanya masa konsert Oolala. Kepada korang yang tak pernah tengok konsert ni atau nak rewind zaman-zaman ni masuk lah blog ni. Saya nak suggest korang tengok dua entry ni. Dua entry ni je lah yang saya jumpa video konsert Oolala.


Konsert Pertama Oolala

[emeer4.jpg]
*Klik pada gambar untuk menonton video konsert


Konsert Kedua Oolala

[emeer5.jpg]
*Klik pada gambar untuk menonton video konsert




Monday, January 2, 2012

@EmeerMyStarzLG1


Assalamualaikum ^_^

Baru semalam saya post yang Emeer dah tak guna twitter. Ramai lah yang kecewa, sedih, hampa dan macam-macam lagi lah. Tapi hari ni saya rasa mesti ramai yang akan happy punya lah! Jangan risau kawan-kawan, Emeer dah buat akaun twitter dia sendiri. Dan doakan lah Emeer akan handle blog ni pulak ye? Hehe. Kan best kalau Emeer sendiri yang post dekat blog. Insya-Allah. Cepat-cepat follow Emeer :



Emeer MyStarz

@EmeerMyStarzLG1





Nasib baik lah saya sempat buka fb, sebab saya dah nak balik asrama dah. Hehe. Okay, bye semua :D





Konsert Mystarz LG 2007


Assalamualaikum ^_^

Korang ingat tak lagi konsert Mystarz LG lebih kurang 5 tahun yang lepas? Masa tu lah rancangan realiti Mystarz LG mula-mula diperkenalkan di TV3. Lagu tema rancangan tu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir. Emeer merupakan peserta paling muda pada musim tu. Masa tu Emeer 12 tahun.


Baru kejap tadi saya upload video-video lagu Emeer masa konsert tu dekat facebook dan upload dekat youtube. Senang lah sikit kalau orang nak tengok video tu. Rasanya tak jadi masalah kan saya upload video-video tu semua? Nak share korang video2 ni. HAHA. Rasa seronok tengok video-video ni. Harap korang pun sama


Gerhana



Melompat Lebih Tinggi




2 video ni je lah yang boleh letak kat entry ni. Sebab susah lah nak cari video ni dekat youtube. Nanti korang tengok lah dekat syidah95's Channel ek?






Sunday, January 1, 2012

Perhatian! Sudah ditutup


Assalamualaikum ^_^

Apa yang dah ditutup tu? Haha. Saya baru dapat arahan daripada bos. Tentang akaun twitter dia. Bos??? Emeer lah! Berdasarkan maklumat yang diberi, Emeer dah tak guna twitter. Kepada followers yang dah follow Emeer tu, harap maaf lah ye! Sebab apa, saya pun tak pasti. Mungkin dia susah nak handle semua tu kot. Akaun tu masih wujud. Tapi akaun tu dah jadi milik kawan Emeer yang buatkan akaun tu.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...