Thursday, December 8, 2011

Happy 16th Birthday!


Assalamualaikum ^_^

Yeahhh! 8 Disember 2011 ni, genap lah usia Emeer 16 tahun. Selamat hari jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berjaya di dunia serta di akhirat. Ramai giler lah yang wish birthday dekat wall fb Emeer. Memang penuh, padat, panjang dan tak kan pernah habis kalau nak baca satu per satu. Tak pelik lah kan kalau ramai yang wish dekat Emeer, sebab Emeer pun rajin wish birthday dekat wall kawan-kawan dia. Termasuk lah saya.




* Jangan jealous ye? Hehe. Masa ni dah lewat sangat. Ingat kan tak nak wish dah. Tapi, nasib dia ingat. Weee~  :D



Hehe. Nak cerita birthday siapa ni? Jom tengok wall Emeer pulak.


* Sepanjang-panjang family Emeer. Panjang lagi sebenar nye.




*Melepasi family Emeer tuh! Family request Emeer kan ramai.



*Masa nak tengok status-status kawan, terjumpa lah satu lagi deretan Emeer balas post dekat wall dia. Tu dia~



Saya ni kawan fb Emeer je. Jadi gambar-gambar yang ada ni pun dari fb je la. Apa-apa pun Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-16 buat Emeer Mystarz. Semoga anda perolehi kejayaan dalam pelajaran dan nyanyian. Okay, bye :D



NEW! Segmen Jom Kenali Emeer Mystarz




Assalamualaikum ^_^


Contest yang lepas tu, tak ada penyertaan lah! Mungkin ada yang nak join, tapi contest terpaksa lah dibatal kan. Kepada kawan-kawan yang nak join tu, jangan risau. Saya buat contest yang baru. Saya rasa salah satu sebab orang tak nak join contest yang lepas tu, mungkin dorang ni tak kenal Emeer kot. Hehe, jangan marah ye Emeer. Jadi kali ni, saya nak buat Segmen Jom Kenali Emeer Mystarz.


Syarat-Syarat Penyertaan

1. Disebab kan kotak follower semua blog ada masalah sekarang ni, segmen ni terbuka kepada semua blogger. Tapi kalau semua tu dah okay, korang mesti follow blog ni jugak ye?

2. Buat satu entry yang bertajuk Segmen Jom Kenali Emeer Mystarz.

3. Letak kan banner yang kelakar dekat atas tu, dalam entry tersebut. Hik hik

4. Korang kena cerita kan serba sedikit mengenai Emeer. Kepada yang dah kenal tu, mungkin senang nak buat ayat kan? Tapi kepada yang tak kenal Emeer tu boleh la tengok pada page About Emeer. Tapi sikit je lah. Kalau rasa tak lengkap, boleh lah search dekat Google ye?

5. Tag sekurang-kurang nya seorang sahabat blogger korang yang berminat join segmen ni. 

6. Letak kan link penyertaan pada komen entry ni.

7. Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Ahad, 18 Disember 2011 jam 12.00 tengah malam.

8. Segmen ini juga akan dibatal kan sekiranya kurang 7 penyertaan.


Senang kan? Hadiah-hadiah contest lepas macam mana? Berbaloi tak dengan segmen kali ni? Segmen ni masih menawar kan hadiah-hadiah tersebut.


Hadiah-hadiah bagi pemenang

Tempat pertama : > Topup RM10 bagi pelanggan Maxis/Celcom/Digi sahaja.
                               > Simple header

Tempat kedua :    > Topup RM5 bagi pelanggan Maxis/Celcom/Digi sahaja
                              > Simple header

Tempat ketiga :    
> Topup RM5 bagi pelanggan Maxis/Celcom/Digi sahaja

*Harap-harap segmen kali ni dapat sambutan lah ye? Kerjasama anda amat dihargai. Okay, bye... :D



Tuesday, December 6, 2011

Contest Banner Hari Jadi Emeer Ke-16





Assalamualaikum ^_^



Nampak tak banner kat atas tu? Hari jadi Emeer tak lama lagi tau? Saya nak buat satu contest yang julung-julung kali diadakan untuk followers blog ni. Korang nak join? Jom lah! Memeriah kan contest ni. Tapi ada beberapa syarat tau?


Syarat-syarat nya :

1. Terbuka kepada followers blog All About Emeer.

2. Buat satu entry yang bertajuk ' Contest Banner Hari Jadi Emeer Ke-16 '

3. Letak banner rasmi contest ni dalam entry tersebut.

4. Korang kena lah reka satu banner khas sempena hari jadi Emeer berukuran bebas. Tapi lebih kurang macam kat atas ni lah. Tak kisah lah korang nak buat macam mana, nak tulis apa. Ikut kreativiti masing-masing. Yang penting letak nama blog korang pada banner supaya tidak dipindah milik.

5. Letak kan banner tu sekali dalam entry korang.

6. Boleh tak kalau korang tag seorang saja kawan korang supaya lebih ramai penyertaan? Boleh atau tak, korang kena buat juagak. Hehe. Pastikan kawan korang tu berminat untuk join. Jangan paksa ye?

7. Contest batal sekira nya kurang daripada 9 penyertaan. Kenapa 9? Sebab saya suka nombor 9. Banyak sangat tu. Okay lah, kalau kurang 7 penyertaan.


Itu saja. Lepas siap entry tu, letak kan link penyertaan korang pada komen entry ni ye?
Tarikh tutup penyertaan ialah 7 Disember 2011 pada pukul 12.00 tengah malam. Kejap sangat ke? Okay lah tu. Yela, kalau boleh saya nak umum kan pemenang tu 8 hari bulan ni jugak. Tapi kalau ada sebarang bantahan, jangan segan2 bagitahu. Harap2 tak ada lah ye? Kalau ada bantahan, korang tak payah join! HAHA. Kejam. Okay, bye.


Haa? Apa? Hadiah? Nak hadiah jugak ke? Tak payah lah! HAHA, lagi kejam. Okay2 saya bagi hadiah. Korang nak apa? Makan malam dengan Emeer? Boleh! Tapi mintak dekat dia lah! Kalau hadiah nya macam tu, confirm korang nak join kan? Dah2, lupa kan.

Ni hadiah2 nye :
Tempat pertama : > Top up RM10 Maxis/Celcom/Digi
                               > Entry khas untuk blog anda dalam blog official saya, Cerita Di Sebalik Blog

Tempat kedua :    > Top up RM5 Maxis/Celcom/Digi
                               > Juga entry khas untuk blog anda dalam blog saya.

Tempat ketiga :    > Top up RM5 Maxis/Celcom/Digi.

*Maaf lah, ini je hadiah yang mampu dan senang nak bagi dekat korang. Semoga berjaya. :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...