Saturday, December 31, 2011

Videos On Youtube


Assalamualaikum ^_^


Hai semua. Hari ni saya nak bagitau korang pasal video lagu2 Emeer yang saya dah upload kat youtube. Tapi video2 tu sume saya sendiri yang buat. Video tu sebenar nye untuk lirik lagu2 Emeer je. Bukan lah Official Video. Tapi sebelum ni EmeerFanzClub dengan syamiza97 yang upload dekat youtube. Lepas tu saya upload lah video2 tu dan convert kepada mp3 dan buat video lirik pulak. Enjoy the videos :



By EmeerFanzClub :
Aku Tak Bisa Lagi




By syamiza97 :
Indahnya Pelangi Cinta





By me (syidah95) :
Aku Tak Bisa Lagi (lirik)




Indahnya Pelangi Cinta (Lirik)






Wednesday, December 28, 2011

Twitter & OneMalaysian


Assalamualaikum ^_^


 Hai kawan2. Korang ada akaun twitter tak? Kepada sesiapa yang ada, follow lah Emeer Mystarz tau? Lepas ni senang lah korang nak tau aktiviti luar Emeer.





*Klik pada gambar




Lepas tu, ada satu lagi akaun baru di Malaysia ni, OneMalaysian. Mungkin ada yang dah tau, dan mungkin ada yang tak tahu. Tapi apa yang korang perlu tahu, Emeer dah buat akaun ni jugak tau? Nak support produk Malaysia. Kepada yang tak berpeluang friends dengan Emeer dekat facebook tu, korang add lah Emeer dekat OneMalaysian ni ye? Dan yang tak buat lagi tu pun, cepat2 daftar. Add saya jugak ye? HEHE





*Klik pada gambar





Download MP3 di 4shared


Assalamualaikum ^_^


 Atas permintaan ramai yang nak kan mp3 lagu-lagu Emeer, saya dah upload lagu-lagu tu dekat 4shared. Lepas ni boleh la korang download ek? Kepada yang malas nak mencari tu, saya dah tinggal kan link dekat bawah ni. 



Emeer - Aku Tak Bisa Lagi (Full) 

Emeer - Aku Tak Bisa Lagi (Ringtone)

Emeer - Indahnya Pelangi Cinta (Full)

Emeer - Indahnya Pelangi Cinta (Ringtone)




Emeer MyStarz 

Enjoy the songs :)




Sunday, December 25, 2011

Juara Bulanan 2011


Assalamualaikum ^_^

New update status dekat wall Emeer. Senarai juara bulanan carta 18HB (Hits &Baru) Pahang fm pada tahun 2011. Emeer tersenarai jugak tau? Jom tengok bawah ni :


Januari -> Aliff Aziz ft Joanna (Kalau Cinta)
Februari -> Sofazr (Dan Bila Esok)
Mac -> Black ft Meet Uncle Hussain (Drama King)
April -> Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan, Altimate (Kalau Berpacaran)
Mei -> Akim ft Stacy (Jahatnya Cinta)
Jun -> Tomok (Berlari)
Julai -> Awi Rafael (Pulanglah)
Ogos -> Alyah (Kisah Hati)
September -> Hazama ft Meet Uncle Hussain (Pokok)
Oktober -> Emeer (Aku Tak Bisa Lagi)
November -> Najwa Latif (Cinta Muka Buku)
Disember -> Yuna (Gelora Jiwa)


TAHNIAH kepada Emeer kerana menjuari carta bulanan di Carta 18HB Pahang fm pada bulan Oktober. Terima kasih juga kepada yang mengundi lagu tersebut.


Okay, bye

Monday, December 19, 2011

Caller Ringtone dan Ringtone Emeer


Assalamualaikum ^_^

Kepada pengguna Maxis, Digi dan U-Mobile sahaja. Anda kini boleh mendapat kan Caller Ringtone dan Ringtone nyanyian Emeer : Aku Tak Bisa Lagi dan Indahnya Pelangi Cinta.


*Malas nak taip panjang2. Capture dari Emeer je la eh? Hehe



*Wall fb Emeer




*Komen Emeer di blog



Okay, bye :D


Carta 18HB Pahangfm 18/12/2011

Assalamualaikum ^_^

Lambat pulak update untuk carta minggu lepas. Emeer tak update post pun dekat wall dia. Nasib baik lah Encik Bakri tolong post kan dekat wall Emeer. Terima kasih uncle :)
Berikut adalah kedudukan nya :

 1. Fourteen - Berdua Bersatu
 2. Nera -  Hatiku Milikmu
 3. Yuna - Gelora Jiwa
 4. Khalifah - Cikgu Ayu
 5. Emeer - Aku Tak Bisa Lagi
 6. Najwa Latif - Cinta Muka Buku
 7. Stacy - Kisah Dongeng
 8. KRU - 3 Kata
 9. Alif Satar - Lelaki Seperti Aku
 10. Hazama feat Meet Uncle Hussain - Pokok
 11. 3 Suara - Beribu Sesalan
 12. Alyah - Kisah Hati
 13. Asfan - Terhenti Di Sini
 14. Drama - Babak Pertama
 15. VIP - Lagu Sedih



Setiap sesuatu perkara tu ada naik turun nya. Tapi kedudukan lagu Emeer kali ni tak pulak naik turun nya. Hehe. All the best Emeer. Terus mengundi lagu Emeer di Carta 18HB Radio Malaysia Pahangfm :D

Okay, bye.




Pemenang Segmen Jom Kenali Emeer Mystarz

 

Assalamualaikum ^_^




Semalam, 18 Disember 2011 merupakan tarikh tutup penyertaan segmen kedua Emeer dan segmen yang pertama mendapat sambutan. Terima kasih kepada semua yang join segmen ni. 3 pemenang saja yang akan dipilih seperti mana yang dinyata kan dalam syarat penyertaan segmen. Pemenang dipilih berdasar kan entri yang lengkap. Berikut ialah senarai ketiga-tiga pemenang :


Tempat Ketiga: Mas Farah
-
-
-
-
-
-
-
Tempat Kedua: Ash Kyouhei
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Juara: Zafirah



Tahniah kepada para pemenang!

Sila inbox nombor telefon korang
 dekat facebook saya ye? Rasyidah Mohd Aris

Header kepada para pemenang sila ambil di blog MiszPanda

Terus kan memberi sokongan anda kepada Emeer Iskandar.

Okay, bye :D



Sunday, December 11, 2011

Carta 18HB Pahangfm 11/12/2011

Assalamualaikum ^_^

Berikut ialah kedudukan bagi 15 lagu di Carta 18HB Pahangfm pada 11 Disember 2011 :

  1. Fourteen - Berdua Bersatu
  2. Yuna - Gelora Jiwa
  3. Khalifah - Cikgu Ayu
  4. Najwa Latif - Cinta Muka Buku
  5. Emeer - Aku Tak Bisa Lagi
  6. Nera - Hatiku Milikmu
  7. Alif Satar - Lelaki Seperti Aku
  8. Stacy - Kisah Dongeng
  9. Hazama feat Meet Uncle Hussain - Pokok
  10. KRU - 3 Kata
  11. Asfan - Terhenti Di Sini
  12. 3 Suara - Beribu Sesalan
  13. Alyah - Kisah Hati
  14. VIP - Lagu Sedih
  15. Drama - Babak Pertama

  Lagu Yang Tersingkir :
  1. Zzati - Cinta Hanya Padamu
  2. Hazama - Cinta Teragung
  3. Aizat - Perpisahan Ini



Undi lagu Emeer - Aku Tak Bisa Lagi di Carta 18HB Radio Malaysia Pahangfm



Sumber : Wall fb Emeer Mystarz


Thursday, December 8, 2011

Happy 16th Birthday!


Assalamualaikum ^_^

Yeahhh! 8 Disember 2011 ni, genap lah usia Emeer 16 tahun. Selamat hari jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berjaya di dunia serta di akhirat. Ramai giler lah yang wish birthday dekat wall fb Emeer. Memang penuh, padat, panjang dan tak kan pernah habis kalau nak baca satu per satu. Tak pelik lah kan kalau ramai yang wish dekat Emeer, sebab Emeer pun rajin wish birthday dekat wall kawan-kawan dia. Termasuk lah saya.




* Jangan jealous ye? Hehe. Masa ni dah lewat sangat. Ingat kan tak nak wish dah. Tapi, nasib dia ingat. Weee~  :D



Hehe. Nak cerita birthday siapa ni? Jom tengok wall Emeer pulak.


* Sepanjang-panjang family Emeer. Panjang lagi sebenar nye.




*Melepasi family Emeer tuh! Family request Emeer kan ramai.



*Masa nak tengok status-status kawan, terjumpa lah satu lagi deretan Emeer balas post dekat wall dia. Tu dia~



Saya ni kawan fb Emeer je. Jadi gambar-gambar yang ada ni pun dari fb je la. Apa-apa pun Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-16 buat Emeer Mystarz. Semoga anda perolehi kejayaan dalam pelajaran dan nyanyian. Okay, bye :D



NEW! Segmen Jom Kenali Emeer Mystarz




Assalamualaikum ^_^


Contest yang lepas tu, tak ada penyertaan lah! Mungkin ada yang nak join, tapi contest terpaksa lah dibatal kan. Kepada kawan-kawan yang nak join tu, jangan risau. Saya buat contest yang baru. Saya rasa salah satu sebab orang tak nak join contest yang lepas tu, mungkin dorang ni tak kenal Emeer kot. Hehe, jangan marah ye Emeer. Jadi kali ni, saya nak buat Segmen Jom Kenali Emeer Mystarz.


Syarat-Syarat Penyertaan

1. Disebab kan kotak follower semua blog ada masalah sekarang ni, segmen ni terbuka kepada semua blogger. Tapi kalau semua tu dah okay, korang mesti follow blog ni jugak ye?

2. Buat satu entry yang bertajuk Segmen Jom Kenali Emeer Mystarz.

3. Letak kan banner yang kelakar dekat atas tu, dalam entry tersebut. Hik hik

4. Korang kena cerita kan serba sedikit mengenai Emeer. Kepada yang dah kenal tu, mungkin senang nak buat ayat kan? Tapi kepada yang tak kenal Emeer tu boleh la tengok pada page About Emeer. Tapi sikit je lah. Kalau rasa tak lengkap, boleh lah search dekat Google ye?

5. Tag sekurang-kurang nya seorang sahabat blogger korang yang berminat join segmen ni. 

6. Letak kan link penyertaan pada komen entry ni.

7. Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Ahad, 18 Disember 2011 jam 12.00 tengah malam.

8. Segmen ini juga akan dibatal kan sekiranya kurang 7 penyertaan.


Senang kan? Hadiah-hadiah contest lepas macam mana? Berbaloi tak dengan segmen kali ni? Segmen ni masih menawar kan hadiah-hadiah tersebut.


Hadiah-hadiah bagi pemenang

Tempat pertama : > Topup RM10 bagi pelanggan Maxis/Celcom/Digi sahaja.
                               > Simple header

Tempat kedua :    > Topup RM5 bagi pelanggan Maxis/Celcom/Digi sahaja
                              > Simple header

Tempat ketiga :    
> Topup RM5 bagi pelanggan Maxis/Celcom/Digi sahaja

*Harap-harap segmen kali ni dapat sambutan lah ye? Kerjasama anda amat dihargai. Okay, bye... :D



Tuesday, December 6, 2011

Contest Banner Hari Jadi Emeer Ke-16





Assalamualaikum ^_^



Nampak tak banner kat atas tu? Hari jadi Emeer tak lama lagi tau? Saya nak buat satu contest yang julung-julung kali diadakan untuk followers blog ni. Korang nak join? Jom lah! Memeriah kan contest ni. Tapi ada beberapa syarat tau?


Syarat-syarat nya :

1. Terbuka kepada followers blog All About Emeer.

2. Buat satu entry yang bertajuk ' Contest Banner Hari Jadi Emeer Ke-16 '

3. Letak banner rasmi contest ni dalam entry tersebut.

4. Korang kena lah reka satu banner khas sempena hari jadi Emeer berukuran bebas. Tapi lebih kurang macam kat atas ni lah. Tak kisah lah korang nak buat macam mana, nak tulis apa. Ikut kreativiti masing-masing. Yang penting letak nama blog korang pada banner supaya tidak dipindah milik.

5. Letak kan banner tu sekali dalam entry korang.

6. Boleh tak kalau korang tag seorang saja kawan korang supaya lebih ramai penyertaan? Boleh atau tak, korang kena buat juagak. Hehe. Pastikan kawan korang tu berminat untuk join. Jangan paksa ye?

7. Contest batal sekira nya kurang daripada 9 penyertaan. Kenapa 9? Sebab saya suka nombor 9. Banyak sangat tu. Okay lah, kalau kurang 7 penyertaan.


Itu saja. Lepas siap entry tu, letak kan link penyertaan korang pada komen entry ni ye?
Tarikh tutup penyertaan ialah 7 Disember 2011 pada pukul 12.00 tengah malam. Kejap sangat ke? Okay lah tu. Yela, kalau boleh saya nak umum kan pemenang tu 8 hari bulan ni jugak. Tapi kalau ada sebarang bantahan, jangan segan2 bagitahu. Harap2 tak ada lah ye? Kalau ada bantahan, korang tak payah join! HAHA. Kejam. Okay, bye.


Haa? Apa? Hadiah? Nak hadiah jugak ke? Tak payah lah! HAHA, lagi kejam. Okay2 saya bagi hadiah. Korang nak apa? Makan malam dengan Emeer? Boleh! Tapi mintak dekat dia lah! Kalau hadiah nya macam tu, confirm korang nak join kan? Dah2, lupa kan.

Ni hadiah2 nye :
Tempat pertama : > Top up RM10 Maxis/Celcom/Digi
                               > Entry khas untuk blog anda dalam blog official saya, Cerita Di Sebalik Blog

Tempat kedua :    > Top up RM5 Maxis/Celcom/Digi
                               > Juga entry khas untuk blog anda dalam blog saya.

Tempat ketiga :    > Top up RM5 Maxis/Celcom/Digi.

*Maaf lah, ini je hadiah yang mampu dan senang nak bagi dekat korang. Semoga berjaya. :D



Sunday, November 20, 2011

Yahoo.. Kembali Juara

Assalamualaikum..
Korang dengar tak carta 18HB pahangfm tadi? Terima kasih la kepada yg mendengar. Saya sendiri pun tak dengar. Hehe. Sedih la jugak tak boleh nak dengar. Tapi saya still happy sebab Emeer juara minggu ni. Minggu lepas turun satu anak tangga. Alhamdulillah, kini Emeer kembali juara. Korang mesti happy jugak kan? Emeer lagi la happy nampaknya.

Berikut ialah kedudukan lagu pada 20/11/2011 :
1 - Emeer - Aku Tak Bisa Lagi
2 - Najwa Latif - Cinta Muka Buku
3 - Zzati - Cinta Ku Hanya Pada Mu
 
4 - Yuna - Gelora Jiwa
 
5 - Hazama@Meet Uncle Hussin - Pokok

6 - Khalifah - Cikgu Ayu
 
7 - Kisah Hati - Alyah
 
8 - Ning, Jack & Shiela - Beribu Sesalan
9 - Hazama - Cinta Teragung
10- Drama - Babak Pertama
11- Asfan - Terhenti Di Sini

12- Aizat@First Edition - Perpisahan Ini
13- Arora Salwa - Ahmad 
14- VIP - Lagu Sedih
15- Awi Rafael - Pulang Lah
Pencalonan Baru :

1 - Stacy - Kisah Dongeng
2 - Alif Satar - Lelaki Seperti Aku

*sebenarnya saya copy & paste dari wall Emeer je ni. Err.. tak pe kan? Sharing is Caring right? hehe


Harapan saya semoga Emeer akan kekal manjadi juara buat minggu2 yg seterusnya. Saya tau, tu jugak harapan korang semua kan? Apa lagi, jangan berhenti mengundi ye? 

Saturday, November 19, 2011

Blog Kedua Emeer

Assalamualaikum.
Tau kenapa saya istilahkan ini blog kedua Emeer?
Sebab Emeer masih ada satu lagi blog. Tapi kurang aktif la. Tak ada new update kat blog tu. Tapi korang sume jemput2 la jenguk blog tu ye?


Tapi kedua-dua blog ni bukan Emeer yg buatkan.
Disebabkan saya ni rajin bloging, saya buat la satu lagi blog Emeer. Saya akan cuba utk selalu update perkembangan Emeer. Jangan risau ye semua, terutama kepada Emeer. Saya tak akan suruh awak update. Biar saya je yg buat segala-galanya.

Kepada Emeer, kawan2 & peminat2 Emeer dan juga admin blog Emeer yg satu lagi tu, jangan lah salah sangka pulak ye pasal blog ni.
Saya selalu jumpa idea2 baru tentang bloging ni. Jadi dengan adanya blog ni dapat la saya nak curahkan segala idea tu dekat sini. Saya jugak harap anda2 di luar sana berpuas hati dengan apa yg saya lakukan sekarang ni. Apa2 pun saya nak minta maaf kalau ada yg tak senang hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...